8 Pulau Terbaik Tercantik Popular di Semporna, Sabah yang wajib anda Lawat
Negeri Sabah atau lebih dikenali sebagai Borneo Sabah mempunyai kekayaan alam yang mempunyai keindahan yang unik dan setaraf dengan tempat-tempat menarik di negara luar. Anda boleh sebutkan apa sahaja yang anda mahu, nak hiking? ada gunung kinabalu, Nakkan suasana nyaman dan sejuk? ada kundasang dan Bukit Kokol. Nak pantai ? sabah dikelilingi oleh pantai, tinggal pilih kawasan @ Daerah mana, boleh tengok di kudat. Nak ke pulau? Dekat bandar kota kinabalu pun ada. Tapi kali ini, kami kongsikan 8 pulau yang terbaik di Semporna, Sabah.
Di mana bah Semporna ni?
Selalu dengar nama semporna, sabah? Semporna terkenal dan sinonim dengan kepulauan yang sangat cantik. kepulauan di Semporna menjadi pilihan ramai pelancong dalam negeri dan luar negara kerana kecantikannya dan keunikan yang tiada di tempat lain.

Jika anda datang ke sabah melalui Kota Kinabalu International Airport dan hendak ke Semporna Sabah, anda mempunyai dua pilihan untuk pengangkutan sama ada menggunakan kenderaan ataupun menaiki kapal terbang daripada KKIA ke Lapangan Terbang Tawau.
Perjalanan menggunakan kenderaan akan mengambil masa anggaran 9 Jam 10 minit jika melalui laluan kundasang-kinabatangan-lahad datu. Laluan alternatif adalah menggunakan jalan keningau-nabawan-tawau. Laluan alternatif ini agak mencabar disebabkan keadaan jalan raya yang kurang memuaskan.
8 Pulau di Semporna yang wajib anda Lawat
Semporna Sabah memang terkenal dan sinonim dengan kepulauan yang indah. Semporna menjadi destinasi pilihan pelancong dalam dan luar negara. Pasirnya yang memutih dan air laut yang sangat jernih seperti cermin memukau setiap pengunjung yang tiba. Semporna juga dikenali sebagai syurga makanan laut. Anda boleh dapatkan pelbagai makanan laut seperti udang dan ikan segar dengan harga yang murah!.
Kami senaraikan 8 pulau di semporna yang anda harus lawati. Percutian anda di semporna tidak akan lengkap jika anda tidak melawat setiap pulau ini.
- Pulau Tetagan
- Pulau Sipadan
- Pulau Mabul
- Pulau Kapalai
- Pulau Sibuan
- Pulau Mataking
- Pulau Bohey Dulang
- Pulau Timba-timba
Pulau Tetagan
Pada masa dahulu, pulau ini dihuni lebih kurang 200-250 orang bajau laut. Tetapi pada masa kini, kebanyakkan mereka telah berpindah mengambil peluang program pemindahan yang telah disediakan oleh kerajaan.
Asal Usul Nama Tetagan
Terdapat tiga kemungkinan bagaimana pulau ini mendapat nama. Pertama adalah mengikut Bajau, perkataan "tetagan" adalah bermaksud berhubung. Ini kita boleh lihat perkaitan iatu pulau ini berhubung dengan pulau yang lebih besar iatu Bodgaya. Maksud kedua perkataan ini dalam bajau juga adalah "kebolehtinggal' atau bahasa mudahnya tempat yang boleh dijadikan tempat tinggal. Kemungkinan yang ketiga adalah, Tetagan adalah terbit daripada perkataan "tetag" yang bermaksud "tebas (mungkin juga tetak)". Ini berdasarkan kepada cerita lagenda dimana dahulu terdapat orang yang tinggal di pulau ini yang akan menetak sesiapa yang datang ke pulau ini.
Pulau Tetagan terletak ± 35 minit dengan kapal dari Semporna, ± 20 minit dari Pom Pom, ± 30 minit dari Mataking dan ± 1.5 jam dari Mabul. kebanyakkan pengunjung Pulau Tetagan datang untuk melihat Gipsi Laut yang tinggal di dan sekitar Pulau Bodgaya dan Pulau Bohey Dulang yang berdekatan.



Pulau Sipadan
Pulau Kedua adalah Pulau Sipadan. Pulau Sipadan sangat terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia. Pulau Sipadan telah diundi sebagai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009 oleh New 7 Wonders of Nature votes committee.
Fakta Menarik - Pulau ini pernah dituntut oleh Indonesia. Isu tersebut telah dibawa kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Namun keputusan pemilikan pulau ini memihak kepada Malaysia dengan adanya bukti dan sokokngan daripada pihak British. Mahkamah Keadilan Antarabangsa menyerahkan Pulau Sipadan kepada Malaysia bersama-sama dengan Pulau Ligitan pada 2003. Keputusan ini berdasarkan "penguasaan berkesan" (effective occupation) yang ditunjukkan oleh British (bekas pengkoloni Malaysia sebelum ini).
Aktiviti Menarik di Pulau Sipadan
Seperti yang disebutkan di atas, Aktiviti menarik yang boleh dibuat di pulau sipadan adalah scuba diving. Antara hotspot untuk aktiviti menyelam skuba adalah Barracuda Point, Turtle Cavern (Gua Penyu), Coral Gardens Drop Off (terletak berhampiran jeti utama Pulau Sipadan), North Point, West Ridge, Taman-taman Tergantung (Hanging Gardens), Lobster Lair, Staghorn Crest, South Point, Turtle Patch, Batu Karang Tengah (Mid Reef), Whitetip Avenue dan Coral Gardens.
Pulau Mabul