6 Penumpang Sudah Dijangkiti COVID-19, 396 Penumpang AirAsia KL-Tawau Diminta Tampil buat Pemeriksaan

13/05/2020
Sumber : Selangorkini
Sumber : Selangorkini

Seramai 396 penumpang pesawat AirAsia dari Kuala Lumpur ke Tawau melalui dua penerbangan berasingan diminta tampil untuk menjalani saringan kesihatan kedua dengan segera. 

Menurut Pegawai kesihatan Jabatan Kesihatan Malaysia (JKM) kawasan Tawau, Dr. Suzalinna Sulaiman berkata, ini kerana hasil pemeriksaan  daripada kesemua penumpang kedua-dua penerbangan berasingan itu, enam daripadanya telah didapati positif COVID-19. "

Bagi penerbangan Air Asia AK5742 pada 1hb Mei 2020 ada 156 orang penumpang semuanya dan empat didapati positif dan selebihnya 152 kita minta tampil untuk menjalani saringan kesihatan yang kedua termasuk 8 pelajar dan 144 orang awam. Mereka semua ini ada di Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu," katanya di sini hari ini. 

Bagi penerbangan kedua pula pada 4hb Mei 2020 melalui pesawat Air Asia AK5740 yang membawa 246 penumpang, dua daripadanya turut didapati positif COVID-19. 

"Daripada jumlah itu seramai 64 adalah pelajar universiti dan 160 adalah orang awam dan melalui data mereka juga berada di Tawau, Lahad Datu, Kunak dan juga Semporna. Jadi melalui kedua-dua penerbangan ini enam didapati positif termasuk seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun," katanya lagi. 

Menurut Dr. Suzalinna, sehingga tengah hari Rabu pihaknya telah menjalankan ujian saringan kesihatan kepada 31 orang awam dan 8 pelajar universiti yang tampil dan merupakan penumpang kepada kedua-dua penerbangan tersebut. 

"Kita mengharapkan kerjasama daripada jumlah kesemua 396 penumpang tersebut supaya segera tampil menjalani ujian saringan kesihatan yang kedua memandangkan laporan yang diterima bagi kedua-dua penerbangan tersebut tidak mengamalkan penjarakan sosial dan itu akan menyebabkan risiko jangkitan yang amat tinggi walaupun mereka memakai pelitup," katanya lagi. 

Untuk rekod sehingga Selasa, negeri Sabah telah mencatatkan satu kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kepada 328 kes, manakala 293 kes telah sembuh dan 31 kes lagi masih menerima rawatan di wad isolasi di hospital sekitar negeri ini.

Sumber Berita : Astro Awani



Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Pada hari ini, kerajaan telah memutuskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan serta Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi kawasan Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu dilanjutkan sehingga 25 dan 26 Oktober 2020.

Hello Guys, Apa khabar semua. Harap semuanya baik-baik sahaja. Sentiasa kekalkan penjagaan kebersihan dan SOP berada di luar ya. Kita masih lagi #belummenang dan pastikan anda memakai penutup hidung dan mulut apabila berada di tempat awam, kalau tak melayang RM1000.

Sebelum ini, kisah seorang pelajar Sabah yang terpaksa bermalam di dalam hutan bagi membolehkan beliau mengikuti peperiksaan dalam talian. Veveonah mengambil keputusan untuk tidur di hutan pinggir kampungnya bagi membolehkan beliau mendapat akses internet yang lebih baik. The star

Siapa yang belum pernah dengar JAA Lifestyle? pada bulan Mei, JAA Lifestyle ini menjadi viral. Group Whatsapp dipenuhi dengan iklan-iklan berkenaan JAA Lifestyle. Dalam iklan berkenaan, mereka mengatakan dengan hanya daftar, boleh dapat potential income USD1000?

Pada 5 Jun 2020, ramai rakyat Malaysia menyaksikan siaran langsung Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ucapan beliau mengambil masa hampir sejam dan bermula pada jam 3.00 petang.


JAWAPAN KEPADA PERSOALAN ANDA

Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.

Trustpilot