Pada awal pagi ini, admin melihat video rusuhan di Indonesia yang berlaku hari kelmarin. Demonstrasi ini dilihat agak besar dengan kehadiran ramai pendemo walaupun Indonesia pada masa kini turut berhadapan dengan wabak COVID-19.
52 Peratus Pelajar Sabah mempunyai Masalah Tiada Akses Internet : Cabaran Pembelajaran Dalam Talian

Sebagai ibu bapa, pasti kita ingin anak kita berjaya dan sentiasa mendaPatkan ilmu baru dan meneruskan pembelajaran. Persekolahan murid-murid telah terjejas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah bermula semenjak 18 Mac 2020. Semua sekolah telah ditutup di seluruh negara bagi mengelakkan jangkitan Virus COVID-19 di kalangan pelajar.
Bagi membantu pelajar-pelajar terus mendapatkan pelajaran daripada rumah, Kementerian Pendidikan menggalakkan kaedah Pembelajaran dalam Talian. Mereka telah melancarkan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam talian sepanjang tempoh PKP.
Namun begitu, Pengarah Pendidikan Sabah Dr Mistirine Radin berkata ketiadaan kemudahan itu terutama dalam kalangan pelajar di luar bandar dan pedalaman negeri ini, menjadikan pelaksanaan sesi PdPc dalam talian begitu mencabar buat guru-guru.
Kira-kira 98 peratus guru Sabah bersedia melaksanakan PdPc dalam talian memandangkan masing-masing mempunyai kemudahan WiFi, data internet dan gajet diperlukan selain berkemahiran mengendalikan sesi berkenaan kerana ia biasanya dijalankan di makmal komputer sekolah.
Walau bagaimanapun, cabaran mengendalikan sesi PdPc dalam talian wujud ketika PKP dilaksanakan kerana para pelajar terpisah dengan kemudahan itu memandangkan mereka perlu menyertai sesi pembelajaran di rumah. Ada pelajar tiada akses internet selain faktor pemilikan gajet yang rendah. Terdapat adik-beradik berkongsi telefon pintar ibu bapa mereka semata-mata untuk mengikuti sesi pembelajaran dalam talian, selain perlu mengambil masa untuk menyiapkan tugasan diberikan guru.
Berhadapan dengan masalah ini, dan memastikan tiada pelajar yang tercicir daripada mengikuti sesi pembelajaran, Para guru besar, Pengetua dan Pejabat Pendidikan Daerah telah mencari alternatif lain.
Antara langkah pertama diambil guru-guru termasuk menghantar bahan pembelajaran seperti buku teks, buku kerja dan lembaran kerja ke rumah pelajar atau ke pusat transit seperti rumah ketua kampung supaya pelajar yang tidak memiliki kemudahan internet dan gajet tetap dapat mengikuti pembelajaran.
penghantaran bahan pembelajaran itu antara lain mendapat kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, selain PPD turut memohon surat kebenaran daripada pegawai daerah dan pihak berkuasa bagi memudahkan urusan penghantaran.
Bagaimanapun, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah mengambil inisiatif tambahan dengan menguatkuasakan pembelajaran berasaskan projek (PBP) yang dilihat lebih sistematik serta praktikal, sekali gus sebagai usaha untuk mengurangkan kekerapan pergerakan guru-guru dalam tempoh PKP.
Jabatan Pendidikan Negeri (Sabah) telah memberikan garis panduan dan contoh pelaksanaan PBP kepada semua guru Sabah dan kaedah ini boleh diikuti dengan tiga cara iaitu dalam talian, luar talian atau campuran (dalam dan luar talian).
Bagaimana dengan Pembelajaran di tempat anda? Anda boleh kongsikan dengan kami cabaran dan halangan pembelajaran anak anda dan apakah alternatif lain yang anda lakukan untuk meneruskan pembelajaran anak-anak.
Sumber diolah daripada : Bernama

CERITA KOPI TERKINI
Pada hari ini, kerajaan telah memutuskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan serta Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi kawasan Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu dilanjutkan sehingga 25 dan 26 Oktober 2020.
Pada hari ini, Pejabat YAB Ketua Menteri Sabah telah mengeluarkan kenyataan media berkaitan dengan kawalan pergerakan di seluruh Negeri di Sabah. Berikut merupakan kandungan kenyataan Media tersebut.
Hello Guys, Apa khabar semua. Harap semuanya baik-baik sahaja. Sentiasa kekalkan penjagaan kebersihan dan SOP berada di luar ya. Kita masih lagi #belummenang dan pastikan anda memakai penutup hidung dan mulut apabila berada di tempat awam, kalau tak melayang RM1000.
Sebelum ini, kisah seorang pelajar Sabah yang terpaksa bermalam di dalam hutan bagi membolehkan beliau mengikuti peperiksaan dalam talian. Veveonah mengambil keputusan untuk tidur di hutan pinggir kampungnya bagi membolehkan beliau mendapat akses internet yang lebih baik. The star
Siapa yang belum pernah dengar JAA Lifestyle? pada bulan Mei, JAA Lifestyle ini menjadi viral. Group Whatsapp dipenuhi dengan iklan-iklan berkenaan JAA Lifestyle. Dalam iklan berkenaan, mereka mengatakan dengan hanya daftar, boleh dapat potential income USD1000?
Para Peniaga khususnya PKS dan Mikro telah terjejas teruk semasa dalam tempoh PKP kerana semua aktiviti ekonomi terhenti. Mereka tidak dibenarkan untuk beroperasi sebagai langkah untuk membendung penularan Wabak Covid-19.
PKPB : Akan Disambung atau Tidak?
Pada 5 Jun 2020, ramai rakyat Malaysia menyaksikan siaran langsung Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ucapan beliau mengambil masa hampir sejam dan bermula pada jam 3.00 petang.
Rentas Negeri dan Aktiviti Keagamaan Mungkin akan Dibenarkan Selepas Tamat PKPB 9 Jun 2020
Seperti yang kita sedia maklum, PKPB akan tamat pada 9 Jun 2020. Tidak dapat dipastikan jika PKPB ini akan dilanjutkan atau tidak, Dijangka kita akan mengetahui keputusannya jumaat ini melalui pengumuman Perdana Menteri.
Apabila kita sudah nekad untuk melakukan sesuatu, kita pasti boleh melakukan perkara yang dilihat agak mustahil bagi orang ramai. Inilah yang berlaku di India di mana seorang budak perempuan yang hanya berumur 15 tahun membawa ayahnya yang merupakan seorang OKU sejauh 745Km hanya dengan menggunakan basikal. Perjalanannya itu menarik perhatian Media...
Setiap tahun, Pesta Kaamatan diraikan pada setiap bulan Mei, khususnya di Negeri Sabah. Perayaan ini disambut dengan meriah setiap tahun kerana ia adalah pesta kebudayaan salah satu etnik di Sabah iatu KadazanDusun. Perayaan ini turut diraikan oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.
Kami dari Best Borneo Team mengucapkan Selamat Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir&Batin!!. Semoga Hari Raya pada tahun ini bermakna dan disambut dengan gembira dan penuh kesyukuran. Walaupun kita menyambut Hari Raya semasa PKPB, namun kami percaya bahawa semangat sambutan perayaan ini terus kuat dan penuh kesyukuran di samping keluarga...