Tempat baru yang menarik di Pitas Sabah : Pulau Terapung Kampung Malubang

18/11/2019
source : Archangel Borneo Holidays
source : Archangel Borneo Holidays

sumber video : Youtube

Sabah adalah salah satu negeri di Malaysia yang mempunyai lokasi pelancongan yang setanding dengan tempat pelancongan luar negara. Sabah dilimpahkan dengan keindahan alam semulajadi. Hari ini, Kita perkenalkan Tempat menarik lagi "the boom" di Pitas, iatu salah satu Daerah di Sabah. Bunyi "drum please"....... Pulau terapung Kampung Malubang!!!!.

Pulau ini yang dikenali dengan pelbagai nama iatu Pulau Pasir Timbul, Pulau Terapung atau urang putih bilang "Floating Island" terletak di kampung Malubang, Pitas. boleh google di sini : Pitas Floating Coral Bar

Macamana Nak Ke sana? dari bandar kota kinabalu, pemanduan akan mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai ke Kudat. Sewa kereta jika nakkan kebebasan perjalanan. Nak cari keta, PM kami je...hehehe.

Pastu ambil naik bot dari Jeti Marina, Kudat dan mengambil masa lebih kurang 45 minit. . Kena jalan awal dari kota kinabalu dan rancang perjalanan dengan betul. Walaupun penat, Pasti berbaloi bila sampai ke sini i tell you

Hmmmm, Pasti kamu pun terfikir kan, apa yang boleh dibuat di sana selain menikmati  alam dan desiran ombak. Antara aktiviti lain yang boleh dibuat di sana ialah kayaking, Snorkelling, Floating Carpet & Stand Up paddle dan makan atas laut beb!. makanan yang disediakan makanan segar dari laut dan juga sayur-sayuran. nak stail buffet pun boleh request.

credit : rileklah.com
credit : rileklah.com

pihak pengurusan Floating coral ni amat menitikberatkan keselamatan dan kemapanan ekosistem tempat ini. hanya 40-50 orang sahaja yang dibenarkan untuk berada di kawasan ini dalam satu-satu masa. so amat penting untuk anda menghubungi mereka dahulu untuk tempahan. takut sampai sana, putih mata bosku.

Dah Limpas (bahasa rojak sabah bermaksud : sudah melepasi) tengahari, macam malas sudah driving balik kota kinabalu kan. belum puas lagi round-round. Apa kata jika kita nak bermalam dulu di pitas? Boleh terjah Homestay di Pitas kat sini : IndahChaletPitas. harga bilik pun berpatutan, range harga RM 100 -  RM 150 jak satu malam. 

pasti semua Nak tahu berapa anggaran belanja jika mahu ke sini kan. Meh kami berikan sedikit gambaran belanjawan, taklah setepat yang mungkin tapi harap dapat membantu.

Option 1 : Pandu Sendiri

1. sewa kereta (axia auto : 2-5 orang sesuai) : RM 110 sehari x 2 hari

2. minyak : RM 60 (ulang-alik KK)

3. Boat dari Marina jetty kudat ke Floating Coral + Lunch + access to all water sport activities kayaking, Snorkelling, Floating Carpet & Stand Up paddle ; RM 288-RM 300 (Archangel Borneo Holidays)

4. homestay : RM 100 - RM 150

Jumlah : RM 515 per pax *lebih ramai orang boleh murah lagi.

Option 2 : ambil package dari agensi jelajah : RM 610 perpax (Sabahtravel.com)

So pilihan di tangan anda, nak option 1 or option 2. Jika anda inginkan option 1, Jom PM kami untuk harga kereta sewa. ada offer discount lagi. Senarai harga kereta sewa kat sini : Price list Takut di tipu? kami diyakini ramai oleh customer yang lain, terjah kat sini : Testimonials.

NAK UPDATE TERKINI TEMPAT MENARIK DI SABAH ATAU OFFER MENARIK. JANGAN LUPA LIKE FACEBOOK KAMI DAN INSTAGRAM KAMI YA. Jika anda pernah ke Floating Coral di Pitas ini. kongsikan pengalaman dan gambar anda di bahagian komen ya. Bye2...kopiruba kawagu.


Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.

Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.

Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.

Ada yang merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu? Anda perlu ketahui tips dan peralatan yang sesuai untuk mendaki. Persediaan yang betul dan tepat dapat memudahkan pendakian anda nanti. Kami berikan anda tips bonus iatu langkah keselamatan atau SOP mendaki gunung kinabalu semasa PKPP dan wabak Covid-19.

Sektor pelancongan di Malaysia sudah mula dibuka pada 11 Jun 2020. Pembukaan semula pelancongan ini menjadi berita baik kepada para pengusaha pelancongan dan pemilik hotel dan homestay. operasi sektor Pelancongan menjadi lumpuh sepanjang tempoh PKP dan PKPB.


MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!

Trustpilot