10 jenis kereta sewa paling popular di Kota kinabalu, Sabah

06/04/2023

Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan. 

Anda nak bercuti di Sabah? pilihan yang anda boleh lakukan adalah dengan menyewa kereta bagi memudahkan perjalanan dan percutian anda. Kami menyediakan 10 jenis kenderaan yang paling popular dan sesuai dengan percutian anda. Pemilihan jenis kereta untuk disewa bergantung kepada destinasi percutian, sama ada memerlukan perjalanan yang jauh dan keselesaan yang anda perlukan.

Berikut merupakan jenis kereta yang paling popular di Sabah untuk disewa.

1. Perodua Axia

Perodua Axia 1.0 cc
Perodua Axia 1.0 cc

 Jika anda dalam kumpulan yang sedikit, seorang ke 4 orang, dan keluarga yang kecil. kenderaan ini adalah sangat sesuai untuk anda. Perodua axia mempunyai permintaan yang tinggi. Axia adalah sangat lasak dan boleh digunakan untuk perjalanan jauh. Ramai yang tertanya-tanya jika perodua axia ini boleh naik ke kundasang. Jawapannya adalah boleh. Perodua Axia boleh saja dipandu dan naik ke desa farm dengan yakin. 

2. Perodua Bezza

Perodua Bezza
Perodua Bezza

Kereta Sewa kedua yang popular adalah perodua Bezza. Kelebihan Perodua bezza ini adalah ruang penyimpanan barang yang besar. Ia boleh memuatkan 2 luggage besar dalam both dan 2 luggage sederhana sekaligus.  Ia sangat sesuai untuk keluarga yang sederhana iatu 2-4 orang. Dengan anak-anak ikut sekali, pastinya barang yang dibawa agak banyak. 

Trustpilot